Friday, February 18, 2011

Mungkin belum ada rezeki...

Salam....

Sudah lama xde entry baru kn...makin hari kian sibuk...tp aku tetap besyukur dalam kesibukan itu aku belajar segala ilmu...bila kusut dengan kerja yang banyak mmg rasa tensen..tp bila kita dh siapkan kerja semua mmg rasa sgt lega dan puas...kita hidup hari2 dalam proses pembelajaran..setiap hari yang kta lakukan adalah berbeza...aku sgt bersyukur dan rasa gembira dengan kehidupan sekarang..Alhamdulillah..

Terkini...

Aku sensitif dgn perkara tersebut..tp td aku terbaca status member dr laman sosial..mm..sungguh menarik dan boleh digunakan untuk mengelak dari org terus bertanya..dan aku kian positif dan aku sentiasa redha dengan ketentuanNYA..Dia tahu apa yang terbaik untuk aku..dan aku sentiasa berdoa semoga Allah memperkenankan doaku ini..bukan doaku sahaja malah suamiku tercinta,mak bapak ming abah,adik beradik,saudara mara kenalan jiran tetangga pelajar2 dan orang disekeliling ku sentiasa berdoa supaya aku dikurniakan zuriat dalam masa terdekat..Amin ya rob!!!...Aku hamba Mu yang lemah.tidak termampu untuk menentukan segalanya..Aku hanya merancang, berusaha dan terus berikhtiar..Selagi terdaya dan termampu...Tidak pernah putus asa...Aku berharap Kau mendengar rintihan ku hambaMU ini..Ya Allah Yang Maha Berkuasa...

" Kita hanya manusia biasa yang mampu merancang dan berusaha, Tapi ingatlah..Ajal dan Maut, Qadak dan Qadar, Kelahiran dan Kematian adalah ditangan Tuhan.."..
(Dipetik dr kata-kata seorang sahabat yang membuatkan aku berfikir optimis...)..

" Ya Allah, Kau permudahkan segala urusan ku dunia dan akhirat, Kau limpahilah aku rezeki yang berpanjangan, Kau berilah aku kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat, Mudahan dikurniakan cahaya mata zuriat kami suatu hari nanti..Amin ya rob!!!"

~ Dikala ini aku terhidu bau wangi yang tak tahu dari mana...sungguh wangi seakan bunga kemboja...sudah beberapa hari..suungguh harum..moga cintaku dan suami ku Izuan Suzaidi harum semerbak selamanya...Amin ya rob!! ~