selamat mencuba..pasti sedap..)
Resepi soto ayam my family (makan untuk raya..sukatan ikut anda..klu ramai tambah lg ye sukatannya..)
Bahan Sup Soto Ayam :
Bawang merah - 5ulas (kisar)
Bawang putih - 5ulas (kisar)
Halia - 2inci (kisar)
Serai - 3 batang (tumbuk jgn hancur)
Herba 4 beradik (kt kedai ade jual)
Serbuk soto - bancuh ngan air suam (kt kedai ade jual)
Ayam sedikit -tulang2,kaki,leher tu leh masukkan..(klu nk pki stok ayam pn ok)
Garam dan serbuk perasa - ikut keadaan
Daun Sup - di mayang
Bahan Sambal Kicap :
Cili padi (ikutla nk byk mana)
Kicap manis (ikut nk pekat mcmana)
Bawang putih - 2/3 ulas
Limau nipis - perah airnya
Gula, garam dan serbuk perasa sedikit.
Bahan Pelengkap :
Isi ayam yang digoreng kunyit - cerai2kan isinya
Soo hoo - digoreng garing
Bergedil - (kt kedai ade jual-nk wt sendiri pn leh)
Bawang goreng
Daun Sup/daun bawang
Kacang tanah -digoreng
Taugeh - wajib
Mee/bihun/nasi impit - wajib
Cara Membuat:
- Buat sup : mula2 panaskan minyak,masukkan 4 beradik goreng sehingga naik bau.Kemudian masukkan bawang putih,bawang merah,halia yang telah di kisar.Goreng sehingga naik bau.Kemudian masukkan serai yang ditumbuh.selepas itu masukkan rempah soto yang telah dibancuh dengan air suam kedalam.goreng sehingga garing. masukkan air secukupnya,masukkan ayam/stok ayam.Didihkan dan masukkan garam,gula,serbuk perasa.Kalau nk masukkan cili bg pedas pn xpe..apabila dh mendidih,ayam pn dh masak.padam api dan masukkan daun sup/daun bawang.
- Buat sambal kicap, sediakan blander.masukkan cili,bawang putih, kicap,air,gula,air perahan limau.Blander sehingga halus.Siap untuk dihidang.
- Cara penyediaan, masukkan nasi impit/mee/bihun dalam bekas. Masukkan semua bahan pelengkap (ayam goreng yang telah dicarik,soo hoon grg, bawang goreng, daun sup/daun bawang, taugeh,)..masukkan sup soto, bergedil dan sambal kicap.Sedia untuk dijamu..mmm~~selamat mencuba..=)
No comments:
Post a Comment